Perkhidmatan dalam Perang Dunia II HMS_Repulse_(1916)

Selepas meletusnya Perang Dunia II pada 1939, Repulse beroperasi dengan pelbagai kumpulan memburu yang dibentuk bagi memburu penjarah perdagangan (commerce raider) Jerman. Bagaimanapun ia tidak pernah bertempur dengan mana-manapun. Pada Disember, ia melaksanakan tugas pengiring bagi pengangkut tentera antara Kanada dan Britain. Pada permulaan Kempen Berikat di Norway Repulse terbabit memasang ranjau bagi pasukan British. Pada Julai, 1940, apabila Glowworm tenggelam ketika menyerang Admiral Hipper, Repulse terbabit dalam pencarian, tetapi gagal bertembung. Pada akhir kempen, semasa pengunduran tentera British, akibat kebimbangan penjajahan Iceland sedang berlangsung, Repulse dikeluarkan dari tugas melindungi konvoy Norway bagi mencari pasukan penjajah. Sebenarnya, tiada penjajahan yang berlaku. Selepas itu Repulse kembali bagi tugas melindungi konvoi sepanjang awal 1941.

Pada Januari 1941, Repulse terbabit dalam pemburuan penjajap tempur Jerman Scharnhorst dan Gneisenau. Pada May, ia terbabit dalam pengejaran Bismarck. Pada awalnya dijadualkan bagi mengiring konvoy WS-8B ke Timur Tengah mengelilingi Afrika, Repulse beroperasi sebagai sebahagian Armada Rumah (Home Fleet), tetapi dikeluarkan dari badan utama sebelum pertempuran kerana kebimbangan pengulangan kehilangan HMS Hood dan akibat kekurangan bahan api.

Pada Ogos, ia dipindahkan ke Cape Town, Afrika Selatan, dan pada Oktober, ia dipindahkan ke India, dan tiba di sana pada 28 Oktober.